♥j0m bERtUkaR LiNk♥

Saturday, May 5, 2007

alasan wanita tak kawen lagik!! hahah logik!!

1."Nak kumpul duit dulu nanti bila kawin senang la sikit".
Ceh?. Macam la dia yang kena bayar mas kawin , wang hantaran dll

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin nanti tak yah menyusahkan hubby hantar keja".
Padahal lessen L pun tak de lagik.

3. "Belum ada yang berkenan dihati".
Padahal memilih sangat,tak mau yang gemuk, kurus sangat pun tak suka. Nak yang ensem jer?.

4."Tak datang seru lagi kot".
Padahal pakwe keliling pinggang. Tu lum campur ngan mat-mat bangla yang dok ngorat tu lagi..

5."Banyak sangat halangan".
Padahal diri belum bersedia.

6."Belum bersedia la".
Padahal cukup segala syarat2 nya.

7. "Ilmu tak cukup la".
Padahal segala petua dan pelajaran rumahtangga dah hafal sejak zaman dara sunti lagik..

8."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".
Padahal tak penah bercinta & tak reti pon nak bercinta.

9."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".
Padahal tak buat kerja apa pun asyik fikir tentang artis jer?

10."Jodoh tak sampai lagi kot".
Padahal jodoh dah ditentukan Allah cuma perlulah berusaha..Dah 2-3 pinangan ditolak.

11."Lelaki nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak marah macam kita nie suka sangat" .
Padahal memang dah lumrah alam sebab marah tandanya sayang.

12."Ye lah memang la marah tu tanda sayang tapi saya tak suka la, lepas tu dia heret kita kehulu kehilir".
Padahal suka bagi muka kepada orang tu dan tak terangkan dengan jelas apa yang kita suka dan tidak suka.. Ke hulu ke hilir boleh lak ikut orang tu?

13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".
Padahal tak pernah ambil tau tentang apa yang disukai oleh org yang kita sukai. Sedangkan kita selalu buat perkara yang org lain tak suka.

14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".
Padahal berpuluh-puluh novel yg berunsurkan sedemikian dikumpul sampai boleh buat library kat umah.

15."Dia tu ramai peminat".
Padahal ramai artis2 yang dipujanya dan bila jumpa yang hensem mula nak terhegeh-hegeh.

16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".
Padahal pentingkan diri- sendiri.

17. "Nak carik yang soleh lah".
Padahal diri tak pernah solat dan quran tak pernah nak baca. Kuliah agama selalu uzur je.
.

18. "Nak dapat yang berkekalan sehingga keakhir hayat".
Padahal suka cemburu, suka boros, suka pada yang ensem jer, suka pada yang kaya saja.

19. "Masalah la".
Padahal dah tahu WORLD IS STAGE OF PROBLEM.

20. "Nak sambung belajar lagi".
Padahal belajar2 tak pernah nak lulus. Asyik mengabaikan pelajaran sebab dating selalu. Memang dah dungu dah

21. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya".
Padahal bunga bukan seekor, kumbang bukan sekuntum.

22. "Tak mau la bercinta, dok seorang lagi seronok,tak lah dikongkong, tak akan terluka, jimat duit sikit".
Padahal mengeluh bila kesunyian, dan mula nak feeling gila-gila.Cemburu tengok org. kahwin. Pantang tengok lelaki ensem..

23. "Payah la nak jaga hati masing-masing".
Padahal makan hati banyak sangat, sensitive sangat, lepas tu banyak makan sarang tebuan, lepas tu suka sangat main hujan, main api, main mata, main2 dan sebagainya.

24. "Dah usaha dah, dah mandi bunga dah, dah cukup semua syarat2, tapi satu pon tak lekat. Memang dah tak ader jodoh kot".
Padahal tak ada keyakinan diri, tak ada kerpercayaan pada org lain. Suka dengar cerita daripada org lain,suka buat orang yang kita sukai meluat, suka mengumpat?

25. "Ramai sangat la yang suka mana satu nak pilih . Takut ada yang kecewa".
Padahal semua tu laki orang. Tunggu yang mana satu sanggup cerai bini jer.

No comments: