syukur sgt2...
entah macamane aku tergerak hati nk bukak citer BERSAMAMU @ TV3 smlm...
slalu gak aku tgk tp takde la yg menusuk hati mcm smlm..
kisah org buta...

kisah adik SITI ROHAYA yang betul2 berjaya membuatkan aku menangis..
umur 10 tahun, buta..bentuk wajahnya tidak sempurna
percakapan juga tidak jelas dan bentuk badannya seperti kanak2 4 tahun...
walaupun nasibnya malang...adik CT ni amat cerdik...
atas usaha cikgu2 yang ikhlas mengajar kanak2 malang nie...
begitu juga dengan org2 buta yg lain...
....
sesungguhnya aku amat bersyukur dilahirkan dalam keadaan yang sempurna..
tak dapat dibayangkan sekiranya salah satu pancaindera anugerahNYa diambil...
takde manusia yang ingin dilahirkan dalam keadaan cacat..
terfikir difikiran aku bagaimana kehidupan mereka??
tanpa penglihatan..
tanpa pendengaran..
tanpa suara..
tanpa anggota badan yang sempurna...
serta tanpa akal fikiran yang dapat membimbing ke arah jalan yang betul....
yang pasti...sbgai manusia yang juga banyak kekukurangan...
aku amat insaf dengan segala perbuatan lampau aku..
mata yang digunakan untuk melihat perkara2 keji...
telinga yang mendengar segala umpat keji..gossip yang takde faedahnya
mulut yang sering mengutuk,menghina...
anggota badan yang sering melakukan kejahatan...
serta akal fikiran yang sering berfikir ke arah kemusnahan sesama manusia...
Ya Allah..jauhi kami dari segala kemungkaran...

sekarang aku pregnant 2nd baby...
aku harapkan baby yang dalam kandungan aku sihat, sempurna akal dan fikiran serta fizikal ...
Ya Allah...sesungguhnya aku amat bersyukur padaMu...
untuk sume, aku nk share doa untuk wanita hamil yang aku amik dr intenet...
".....Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam..."
amin.....
No comments:
Post a Comment